Mata anda berasa letih? Cubalah senaman mata ini.
1. Lihat lurus ke atas melepasi kening. Tahan dalam posisi ini selama 3 saat. Lihat lurus ke bawah. Ulang sebanyak 7 kali atas dan bawah. Jangan menegangkan otot mata. Kejapkan mata beberapa kali selepas selesai.
2. Lihat ke kanan. Lemparkan pandangan kita sejauh mungkin, melepasi batasan tubuh kita. Tahan selama 3 saat. Kemudian, lihat ke kiri dan lakukan perkara yang sama. Ulang latihan ini sebanyak 7 kali. Ingat, kejapkan mata setiap kali selesai latihan.
3. Lihat ke kanan lagi. Tahan selama 3 saat. Kemudian, lihat lurus ke depan, tahan selama 3 saat. Seterusnya, lihat ke kiri, tahan selama 3 saat dan kemudian lurus ke depan lagi. Ulangi sebanyak 3 kali.
4. Lihat dari kanan ke kiri secara berputar sebanyak 7 kali. Kemudian, lihat dari kiri ke kanan juga secara berputar sebanyak 7 kali. Setiap putaran memakan masa selama 4 saat.
5. Lihat dari atas ke bawah sebanyak 7 kali. Kemudian, lihat dari bawah ke atas juga sebanyak 7 kali.
6. Gerakkan bebola mata ke kiri dan kanan ketika kelopak mata tertutup sebanyak 7 kali.
7. Gerakkan bebola mata ke atas dan ke bawah dengan kelopak mata tertutup sebanyak 7 kali.
8. Lihat ke arah sudut kanan atas mata dan tahan selama 3 saat. Kemudian, lihat ke arah sudut kiri atas dan
tahan selama 3 saat. Ulang putaran sebanyak 3 kali.