Sunday, 18 May 2014

Gangnam Station

Anda peminat korea? Cubalah masakan korea yang dimasak oleh orang melayu di Gangnam Station yang terletak di Laman Seri, Seksyan 13 Shah Alam. Restoran ini dibuka dari 11.30 pagi hingga 11 malam.


Menariknya,p emilik Gangnam Station ni orang melayu dan dia ni memiliki kepakaran dalam memasak bulgogi yang merupakan menu terkenal di sini. Selain bulgogi, masakan korea yang lain seperti japchae, bibimbap dan tteokbokki juga terdapat di sini. Anda juga turut dihidangkan dengan kimchi sebagai appetizer.





                     Bulgogi












                    Japchae












          Nakji Bokkeum




Ini dia appetizer yang saya bagi tahu tadi.


Sukhumvit Garden

Anda mahu rasa masakan thai asli? Rasanya tidak perlu ke Thailand sebaliknya cubalah masakan thai asli di Sukhumvit Garden yang terletak di Gombak (tepi highway MRR2). Restoran ini merupakan cawangan dari restoran asal Sukhumvit yang terletak di Bangkok, Thailand.


Antara menu istimewa di Sukhumvit Garden ni adalah ikan kukus limau (dalam bahasa melayu). Lain-lain menu yang boleh anda cuba adalah tomyam. Rasa tomyam serta masakan lain di Sukhumvit Garden ini sememangnya lain dari yang lain. Mungkin selepas ini anda akan mendapati perbezaan antara masakan panas melayu dan thai. Belum cuba belum tahu.


Suasana waktu petang serta malam di Sukhumvit Garden.




Sunday, 4 May 2014

Senaman Mata


Mata anda berasa letih? Cubalah senaman mata ini.

1. Lihat lurus ke atas melepasi kening. Tahan dalam posisi ini selama 3 saat. Lihat lurus ke bawah. Ulang      sebanyak 7 kali atas dan bawah. Jangan menegangkan otot mata. Kejapkan mata beberapa kali selepas    selesai.



2. Lihat ke kanan. Lemparkan pandangan kita sejauh mungkin, melepasi batasan tubuh kita. Tahan selama 3  saat. Kemudian, lihat ke kiri dan lakukan perkara yang sama. Ulang latihan ini sebanyak 7 kali. Ingat,  kejapkan mata setiap kali selesai latihan.



3. Lihat ke kanan lagi. Tahan selama 3 saat. Kemudian, lihat lurus ke depan, tahan selama 3 saat.  Seterusnya, lihat ke kiri, tahan selama 3 saat dan kemudian lurus ke depan lagi. Ulangi sebanyak 3 kali.

4. Lihat dari kanan ke kiri secara berputar sebanyak 7 kali. Kemudian, lihat dari kiri ke kanan juga secara    berputar sebanyak 7 kali. Setiap putaran memakan masa selama 4 saat.

5. Lihat dari atas ke bawah sebanyak 7 kali. Kemudian, lihat dari bawah ke atas juga sebanyak 7 kali.

6. Gerakkan bebola mata ke kiri dan kanan ketika kelopak mata tertutup sebanyak 7 kali.


7. Gerakkan bebola mata ke atas dan ke bawah dengan kelopak mata tertutup sebanyak 7 kali.

8. Lihat ke arah sudut kanan atas mata dan tahan selama 3 saat. Kemudian, lihat ke arah sudut kiri atas dan 
 tahan selama 3 saat. Ulang putaran sebanyak 3 kali. 


Saturday, 26 April 2014

Old Malaya Kopitiam (OMK)

Salam kepada pembaca sekalian, hari ini saya akan share tempat makan yang menarik untuk anda iaitu Old Malaya Kopitiam. Kepada penggemar kopitiam, anda boleh mencuba hidangan di sini dan harganya juga berpatutan. Old Malaya Kopitiam (OMK) ini terletak di Bangi Gateway.


Antara hidangan yang anda patut cuba adalah Nasi Goreng Chicken Chop. Biasanya restoran di luar sana akan menjual satu hidangan nasi goreng dan satu hidangan chicken chop tetapi di sini ia dihidangkan bersama-sama. Hidangan ini merupakan chef recommendation dan harganya RM 13.90. 


Seterusnya, jika anda tidak mahu makan chicken chop bersama nasi. Anda bolehlah mencuba Mi Goreng Chicken Chop. Hidangan ini lebih kurang dengan hidangan di atas cuma nasi diganti dengan mi.


Jika anda mahu menukar selera kepada masakan indonesia, di sini juga ada menjual Nasi Ayam Penyet. Anda juga bolehlah mencuba Rojak Buah OMK di mana kuah rojak tersebut tidaklah terlalu cair dan pekat.































Anda bukan saja boleh mencuba malay cuisine di sini tetapi western food juga dijual di sini. Apalagi, pembaca di luar sana terutama yang berada berdekatan Bangi jom cari selera baru anda. Sekian.

Tuesday, 22 April 2014

Rahsia Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)



Salam kepada pembaca sekalian, hari ini saya mahu share dengan anda semua berkaitan ilmu perubatan gaya Rasulullah S.A.W.

في الحبة السوداء شفاء من كل داء الأ السام
“Terdapat penyembuhan dalam biji jintan hitam untuk semua penyakit, kecuali mati”
(Shahih Bukhari-Bilangan 7, Buku 71, Nombor Hadith 592)

Nabi Muhammad S.A.W. secara khusus menyebut dalam hadith ini, biji jintan hitam memiliki kemampuan bagi menyembuhkan semua penyakit kecuali kematian. Semua ini tentu saja berdasarkan kehendak Allah S.W.T. Hanya Dia yang memiliki kuasa menyembuhkan dan kita tidak boleh lupa, Allah S.W.T. yang merancang dan menciptakan biji jintan hitam yang tercatat dalam hadith ini.



Memandangkan Habbatussauda ini membantu dalam menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah), maka beberapa penyakit serta cara penyembuhannya akan saya kongsikan untuk tatapan pembaca sekalian.

1. Diabetes
* Makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum lebih banyak air.
* Ambil biji jintan hitam sebanyak 500mg dan kapsul setiap hari sehingga kadar gula dalam darah menurun.
* Banyakkan minum jus roselle kerana ia mampu membersihkan darah, menghilangkan kolesterol, membantu mencegah dan menyambuhkan kanser.
* Ruqyah. Insya Allah, Allah S.W.T. menerima doa kita.
* Berbekam.

2. Asma
* Campurkan satu sudu teh minyak biji jintan hitam dalam kopi atau teh, minum dua kali sehari.
* Gosok dada dengan minyak biji jintan hitam setiap malam. 
* Sedut wap minyak biji jintan hitam yang dicampurkan dengan air panas. Ketika proses ini, mata perlu ditutup supaya tidak terganggu oleh wap.

Banyak lagi penyakit yang mampu dirawat menggunakan Habbatussauda. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perubatan cara Rasullullah S.A.W., anda bolehlah mendapatkan buku berjudul " Rasullullah is my Doctor" karya Jerry D. Gray.


Sekian, wasalam. #Sharing is caring




Monday, 21 April 2014

Restoran Taj Hadramawt



Haa! Kepada kaki makan di luar sana tu especially arabic cuisine. Saya request untuk anda mencuba hidangan di Restoran Taj Handramawt yang terletak di Setapak. Alamatnya adalah seperti berikut: No. 43, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur. Senang cerita restoran ini terletak di tepi highway MRR2. (sebaris dengan restoran KELFOOD tu la).



Antara menu yang saya cadangkan adalah Chicken Mudghout. Harga bagi hidangan ini untuk 2 orang RM17.00 dan untuk 4 orang RM35.00.




Salad yang tertera dalam gambar tu namanya Greek salad. Rasanya masam sikit coz digaul dengan keju tapi sedap jika dimakan bersama nasi dan roti. Satu lagi menu yang saya cadangkan adalah Chicken Aqda (maaf tak sempat nak snap gambar). Hidangan ini dihidangkan bersama dengan roti arab.



Di sini juga ada manisan atau baklava sebagai pencuci mulut.



Sunday, 2 March 2014

Mukaddimah

Assalamualaikum serta selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Bermula saat ini, saya akan cuba untuk berkongsi maklumat-maklumat menarik dari pelbagai sudut kehidupan untuk anda semua. #Sharing is caring.