Saturday, 26 April 2014

Old Malaya Kopitiam (OMK)

Salam kepada pembaca sekalian, hari ini saya akan share tempat makan yang menarik untuk anda iaitu Old Malaya Kopitiam. Kepada penggemar kopitiam, anda boleh mencuba hidangan di sini dan harganya juga berpatutan. Old Malaya Kopitiam (OMK) ini terletak di Bangi Gateway.


Antara hidangan yang anda patut cuba adalah Nasi Goreng Chicken Chop. Biasanya restoran di luar sana akan menjual satu hidangan nasi goreng dan satu hidangan chicken chop tetapi di sini ia dihidangkan bersama-sama. Hidangan ini merupakan chef recommendation dan harganya RM 13.90. 


Seterusnya, jika anda tidak mahu makan chicken chop bersama nasi. Anda bolehlah mencuba Mi Goreng Chicken Chop. Hidangan ini lebih kurang dengan hidangan di atas cuma nasi diganti dengan mi.


Jika anda mahu menukar selera kepada masakan indonesia, di sini juga ada menjual Nasi Ayam Penyet. Anda juga bolehlah mencuba Rojak Buah OMK di mana kuah rojak tersebut tidaklah terlalu cair dan pekat.































Anda bukan saja boleh mencuba malay cuisine di sini tetapi western food juga dijual di sini. Apalagi, pembaca di luar sana terutama yang berada berdekatan Bangi jom cari selera baru anda. Sekian.

No comments:

Post a Comment