Salam kepada pembaca
sekalian, hari ini saya mahu share dengan anda semua berkaitan ilmu perubatan
gaya Rasulullah S.A.W.
في الحبة السوداء شفاء من كل داء الأ السام
“Terdapat penyembuhan
dalam biji jintan hitam untuk semua penyakit, kecuali mati”
(Shahih Bukhari-Bilangan 7, Buku 71, Nombor
Hadith 592)
Nabi Muhammad S.A.W.
secara khusus menyebut dalam hadith ini, biji jintan hitam memiliki kemampuan
bagi menyembuhkan semua penyakit kecuali kematian. Semua ini tentu saja
berdasarkan kehendak Allah S.W.T. Hanya Dia yang memiliki kuasa menyembuhkan
dan kita tidak boleh lupa, Allah S.W.T. yang merancang dan menciptakan biji
jintan hitam yang tercatat dalam hadith ini.
Memandangkan Habbatussauda ini membantu dalam menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah), maka beberapa penyakit serta cara penyembuhannya akan saya kongsikan untuk tatapan pembaca sekalian.
1. Diabetes
* Makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum lebih banyak air.
* Ambil biji jintan hitam sebanyak 500mg dan kapsul setiap hari sehingga kadar gula dalam darah menurun.
* Banyakkan minum jus roselle kerana ia mampu membersihkan darah, menghilangkan kolesterol, membantu mencegah dan menyambuhkan kanser.
* Ruqyah. Insya Allah, Allah S.W.T. menerima doa kita.
* Berbekam.
2. Asma
* Campurkan satu sudu teh minyak biji jintan hitam dalam kopi atau teh, minum dua kali sehari.
* Gosok dada dengan minyak biji jintan hitam setiap malam.
* Sedut wap minyak biji jintan hitam yang dicampurkan dengan air panas. Ketika proses ini, mata perlu ditutup supaya tidak terganggu oleh wap.
Banyak lagi penyakit yang mampu dirawat menggunakan Habbatussauda. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perubatan cara Rasullullah S.A.W., anda bolehlah mendapatkan buku berjudul " Rasullullah is my Doctor" karya Jerry D. Gray.
Sekian, wasalam. #Sharing is caring